Polis Maklum Ada Terima Laporan Wanita Dicab*l, Dir*gol Di Bilik Jenazah Masjid, Rupanya Ada ‘Plot Twist’

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 05 Jun 2026 06:32:55

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang wanita kononnya menjadi mangsa cabul dan rogol berulang kali oleh seorang lelaki yang dipercayai siak di sebuah bilik jenazah masjid seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, laporan tersebut dibuat oleh seorang wanita berusia lingkungan 50-an terhadap lelaki berusia 48 tahun pada Khamis, jam 9.12 pagi.

Advertisement

cabul rogol

Menurut beliau, siasatan menyeluruh telah dijalankan berhubung dakwaan tersebut sebelum pihak polis mendapati kejadian seperti yang didakwa tidak berlaku.

“Keterangan yang diperoleh menunjukkan tiada sebarang elemen paksaan sekali gus gagal membuktikan kewujudan unsur jenayah tersebut.”

“Polis bagaimanapun telah menyerahkan kes ini kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi membolehkan tindakan lanjut di bawah Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991,” katanya menerusi kenyataan.

Sebelum ini, isu berkenaan tular di media sosial selepas muncul dakwaan seorang jemaah wanita menjadi mangsa cabul dan rogol di lokasi tersebut.

kp melaka

Turut tular dakwaan bahawa imam masjid berkenaan tidak membenarkan mangsa membuat laporan polis.

Selain itu, terdapat juga dakwaan bahawa imam terbabit telah menukar siak baharu bagi menggantikan siak lama, dipercayai bagi melindungi individu berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman mengesahkan siak berkenaan sudah meletakkan jawatan pada Mei lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak masjid tidak dapat mengesahkan punca lelaki tersebut meletakkan jawatannya.

Setakat ini, polis menegaskan tiada unsur jenayah dapat dibuktikan berdasarkan siasatan yang dijalankan, manakala tindakan lanjut diserahkan kepada JAIM.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

KP Tapah
2026-06-04 12:11:03

Polis Sahkan Kehilangan Jaslinda Di Gunung Batu Putih Tiada Unsur Jenayah Atau Along

Polis Maklum Ada Terima Laporan Wanita Dicab*l, Dir*gol Di Bilik Jenazah Masjid, Rupanya Ada ‘Plot Twist’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts