Polis sahkan serbu kediaman Najib

by Oh! Semput


HOME Posted on 16 May 2018 19:01:11


KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan serbuan ke atas rumah bekas Perdana Menteri, malam tadi.

Beliau yang dihubungi NSTP, memaklumkan serbuan berkenaan dilakukan untuk tujuan penggeledahan.

Penggeledahan itu dipercayai bagi mendapatkan bahan bukti serta dokumen berkaitan siasatan ke atas Najib.

Bagaimanapun, Amar Singh enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya sahkan pasukan kita hadir ke kediaman itu untuk membuat penggeledahan," katanya.

Terdahulu, lebih 15 kenderaan dan trak polis masuk ke pekarangan rumah bekas Perdana Menteri di Taman Duta di sini, itu jam 10.15 malam tadi.

Sehingga jam 1.30 pagi ini, pasukan polis masih berada di dalam kediaman Najib.

Selain itu, puluhan anggota dan beberapa pegawai kanan Bukit Aman turut kelihatan di kediaman peribadi Najib di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur di ibu negara.

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop

Related News


Leave a Comment: