Polis Tahan Lelaki Edar Dadah Sekitar Felda Selancar

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 31 Oct 2017 09:00:29

ROMPIN – Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di sekitara Felda Selancar 1, Muadzam Shah pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata lelaki berumur 33 tahun itu ditahan pada kira-kira 9 malam selepas pasukan polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan suspek yang dipercayai sedang menunggu pelanggan.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, lelaki itu cuba melarikan diri menyebabkan berlaku pergelutan mengakibatkan suspek mengalami cedera ringan di bahagian muka dan tangan, “Hasil pemeriksaan di poket seluarnya, polis menemukan satu paket plastik berisi ketulan putih disyaki dadah jenis heroin seberat 83 gram dan satu paket plastik berisi ketulan jernih disyaki syabu seberat 1.8 gram yang kesemuanya dianggar bernilai RM1,570,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan dadah, samun, curi, pecah rumah dan peras ugut, mengaku mengambil dan mengedar dadah secara kecil-kecilan sejak kira-kira sepuluh tahun lalu. – BERNAMA

Loading...

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts