Polis tahan tiga remaja selepas video wanita viral

by Oh! Semput


HOME Posted on 13 Mar 2018 18:01:41


POLIS Kuala Lumpur menahan tiga remaja 24 jam selepas seorang usahawan memuat naik satu video di Facebook mengadu beliau diganggu di jalan raya dan layanan yang diterima daripada pihak polis apabila beliau mahu mendapatkan bantuan mereka. 

Ketua polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata ketiga-tiga remaja terbabit disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ketakutan kepada pengadu.

"Kami menahan mereka hari ini (Selasa) pada jam 8 malam. Tiga daripada mereka adalah lepasan SPM. Salah seorang daripada mereka memandu kereta BMW milik ibu bapanya ketika insiden itu berlaku. 

Katanya polis turut menjalankan siasatan terhadap aduan ahli perniagaan itu yang mendakwa tidak dilayan oleh polis yang menghampirinya di pos berhampiran pintu masuk dan di meja pertanyaan ketika mahu membuat laporan. 

Dalam video yang menjadi viral sejak ia dimuat naik pada Isnin, Kogee Sinniah, 41 berkata, polis di pos berkenaan hanya "memeriksa" kakinya dan tidak membantunya yang sedang dalam kesusahan. 

Video berkenaan ditonton lebih 37,000 kali dan menerima lebih 300 komen.

Kogee sedang memandu bersama anak lelakinya yang berusia 13 tahun di Persiaran Alam Damai yang sedang dalam pembinaan apabila dia secara tidak sengaja memasuki laluan kereta BMW yang dinaiki tiga lelaki yang kemudiannya bertindak mengikutnya. 

Beliau yang panik membuat beberapa panggilan kecemasan 999 sebelum terus ke balai polis Alam Damai untuk mendapatkan bantuan.

Namun sebaik tiba di lampu isyarat beberapa meter daripada balai polis, kereta BMW terbabit didakwa memintas dan menghalang kenderaannya 

"Ketika ini saya tekan hon selama dua atau tiga minit untuk meminta bantuan, tetapi tiada siapa yang datang," katanya dalam video berkenaan. 

Kereta BMW itu kemudiannya beredar manakala Kogee ingin memasuki balai polis namun terhalang dengan kon di laluan masuk. 

"Anggota polis datang dari pos itu dan perkara pertama yang ditanya kepada saya adalah: "kamu ke yang tekan hon tadi".

"Jadi apa maknanya ini? Dia sebenarnya tahu seseorang dalam kesusahan tetapi tiada siapa yang datang untuk melihat apa yang berlaku. Pemandu kereta BMW itu mungkin ada senjata."

Mazlan berkata anggota polis di pintu masuk itu hanya menjalankan tugas dan ia adalah prosedur operasi standard untuk memeriksa sesiapa yang ingin memasuki balai polis terutamanya pada waktu malam kerana terdapat ancaman seperti pengganas. 

"Anggota polis itu turut bertanya kepada pemandu BMW itu yang berkata mereka marah kerana dia (Kogee) hampir melanggar mereka. Anggota polis berkenaan menasihatkan mereka agar tidak melakukan tindakan menyalahi undang-undang dan meminta mereka membuat laporan sekiranya mereka tidak berpuas hati. Pemandu itu dan rakannya kemudian beredar," kata Mazlan. 

Tambahan Mazlan anggota polis di meja pertanyaan turut keluar kepada Kogee dan bertanya sama ada dia mahu membuat laporan.

"Tetapi dia hanya duduk dalam kereta selama kira-kira 20 minit membuat panggilan telefon. Dia berada di hadapan pintu masuk balai polis. Dia selamat.

"Mungkin berlaku salah faham apabila anggota polis memintanya untuk bercakap baik-baik dengannya kerana dia marah dan ketakutan, dan anggota polis berkenaan tidak afaham apa yang dia cakap.

"Saya mahu berlaku adil kepada pengadu dan juga anggota saya," kata Mazlan dan menambah Kogee membuat laporan di balai polis Cheras petang semalam. – 13 Mac, 2018. 

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop

Related News


Leave a Comment: