Polis Tahan 3 Suspek Curi Motosikal

by Oh! Semput


7
SHARES
92
VIEWS
Posted on 20 Dec 2016 08:01:02

KOTA TINGGI – Polis menahan tiga lelaki, termasuk dua pelajar tingkatan dua, dipercayai Geng Shah Penggeli yang dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal di Kota Tinggi pada 15 Dis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata dengan tertangkapnya anggota geng itu beliau percaya polis berjaya menyelesaikan lapan kes curi motosikal sekitar Kota Tinggi, Kulai, Pasir Gudang, Bandar Tenggara, Bandar Penawar dan Layang-Layang.

Rahmat dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata dua suspek yang ditahan berusia 14 tahun dan masih bersekolah manakala seorang lagi berusia 20 tahun dan bekerja di sebuah kilang sawit dekat sini.

“Suspek pertama ditangkap di Jalan Biru 1, Felda Penggeli Timur pada 11.15 malam Khamis yang mana suspek mengaku ada mencuri motosikal bersama dua rakannya.

“Lanjutan daripada itu, seorang lagi suspek ditahan keesokan hari di rumah kakitangan kilang sawit diikuti dengan tangkapan seorang lagi suspek di Jalan Impian 1/2, Taman Desa Impian, Bandar Tenggara,” katanya.

Polis kemudiannya menemukan lapan rangka motosikal pelbagai jenis yang dibuang di Sungai Linggiu dekat sini.

Rahmat berkata antaranya lima rangka motosikal jenis Honda EX5 yang dicuri di Bandar Penawar, Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Layang-Layang dan Kulai.

“Motosikal jenis Yamaha LC, Kawasaki RR dan Honda Wave pula dicuri di Kota Tinggi, Kulai dan Pasir Gudang,” katanya.

Kesemua suspek disambung reman sehingga 22 Dis ini. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts