“Polis, Nak?” – Tayang Bahan Terlarang Ketika ‘Live’, Dua Wanita Dikecam Siap Cabar Pihak Berkuasa

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 13 May 2026 10:02:44

Dua wanita menjadi sasaran kecaman netizen selepas tular sebuah video memaparkan tindakan mereka menunjukkan satu barang dipercayai bahan terlarang ketika melakukan penstriman langsung baru-baru ini.

Menerusi rakaman yang tersebar di media sosial, kedua-dua wanita itu dilihat ketawa sambil memegang satu peket plastik kecil mengandungi bahan putih yang didakwa netizen sebagai dadah.

Advertisement

Lebih mengundang kemarahan, salah seorang daripada mereka turut berseloroh seakan-akan mencabar pihak berkuasa dengan mengajak “polis” mencuba bahan tersebut sambil mendekatkan bungkusan itu ke arah kamera.

Tindakan itu dianggap melampau kerana dilihat seolah-olah memandang ringan undang-undang selain memberi contoh tidak baik kepada penonton, terutama golongan muda.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa berang dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.

s

Malah, ada juga yang menggesa pihak Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan segera serta mengesan lokasi kedua-dua individu terbabit sebelum aksi negatif seperti itu mempengaruhi orang lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ds
2026-05-09 20:33:04

Video Noor Nabila Di Bali Jadi Perhatian, Netizen Spekulasi Sudah Bernikah?

“Polis, Nak?” – Tayang Bahan Terlarang Ketika ‘Live’, Dua Wanita Dikecam Siap Cabar Pihak Berkuasa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts