Polis Telah Melengkapkan Kertas Siasatan Kes Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Hina Agama Islam

by Oh! Semput


8
SHARES
104
VIEWS
Posted on 27 Feb 2026 23:32:02


KUANTAN: Polis telah melengkapkan kertas siasatan bagi kes melibatkan seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang disyaki menghina Islam. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata suspek masih dalam tahanan reman dan kertas siasatan telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Jadi, kita menunggu arahan selanjutnya,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa PDRM Kontinjen Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini hari ini. 

Dalam pada itu, beliau berkata setakat malam ini, pihaknya menerima 28 laporan polis di seluruh negara mengenai kes itu. 

“Saya mohon kepada masyarakat untuk menunggu tindakan selanjutnya dan pihak polis akan ambil tindakan sewajarnya terhadap kes ini,” katanya, sambil menambah suspek memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan dijalankan. 

Dua hari lepas, seorang penuntut UMPSA ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial.

Terdahulu, tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut UMPSA itu di media sosial. #AstroAwani



http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts