Polis Hong Kong tembak penunjuk perasaan di dada

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Nov 2019 10:01:03



KONGSI ARTIKEL

HONG KONG: Seorang pegawai polis Hong Kong menembak sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan di dada semasa pertempuran disiarkan secara langsung di Facebook pagi tadi (11 Nov).

Rakaman video menunjukkan seorang pegawai polis mengacukan senjatanya di daerah Sai Wan Ho dan kemudian cuba menahan seorang lelaki bertopeng di persimpangan jalan yang dikepung oleh para penunjuk perasaan.

Seorang lagi lelaki bertopeng kemudian menghampiri pegawai tersebut dan kelihatan ditembak pada bahagian dada lalu rebah dengan serta-merta.

Beberapa saat kemudian dua lagi tembakan peluru hidup dilepaskan oleh pegawai tersebut dalam satu pergelutan dan seorang lagi lelaki bertopeng rebah, namun rakaman video itu kurang jelas sama ada lelaki tersebut juga ditembak.

- AFP/TQ/tq

Tagged Topics

KONGSI ARTIKEL

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...