'Polis tidak benarkan perarakan luar biasa iringi mayat'

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 20 Dec 2016 08:01:01

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana kumpulan, berdaftar atau tidak berdaftar termasuk kongsi gelap, untuk menganjurkan perarakan mengiringi mayat pemimpin
mereka, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata permit atau kebenaran hanya diberikan kepada perarakan biasa mengiringi mayat yang tidak mengganggu ketenteraman awam atau kesesakan lalu lintas.

Namun PDRM tidak pernah memberikan kebenaran kepada perarakan ‘luar biasa’ yang dilakukan oleh kumpulan tertentu atas sebab kematian pemimpin mereka, kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

“Kes perarakan yang berlaku itu masih dalam siasatan. Kita ingin tahu siapa penganjurnya. Tindakan perundangan akan dilakukan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Baru-baru ini satu upacara perarakan besar membawa mayat ke tempat
persemadian dilakukan dan dihadiri lebih 1,000 orang di Pulau Pinang.
-Bernama

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts