Prestasi Kirin 990 Masih Di Belakang A13 Bionic

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 15 Sep 2019 18:00:31

Reading Time: 2 minutes

Syarikat pengeluar telefon pintar gergasi China iaitu Huawei telah mengumumkan cipset mercu terbaru mereka iaitu Kirin 990 7nm dan menyokong 5G. Dijangka bahawa cipset ini bakal digunakan kepada peranti mercunya siri Huawei Mate 30, juga dijangka akan digunakan pada peranti boleh lipat pertama Huawei iaitu Foldable Mate X dan Huawei P40 tahun hadapan.

Khamis lepas, peranti Huawei yang tidak diketahui dengan nombor model NLE-AL00 disenaraikan di Geekbench (melalui WCCFTech) dan menjalankan Android 10.

yang dikutip oleh GizmoChina mengatakan bahawa peranti itu bukanlah salah satu daripada model Huawei Mate 30 yang baru, mungkin ia adalah  peranti baru untuk jenama Honor yang menggunakan cipset Kirin 990. Selain menjalankan Android 10, peranti misteri ini dilengkapi dengan 8GB RAM.

Setelah Geekbench mengeluarkan keputusan, jelas bahawa Kirin 990 5G masih dibelakang cipset terbaru dari Apple iaitu A13 Bionic. Ini sekaligus menunjukkan Apple masih mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar cipset paling berkuasa pada tahun ini.

A13 Bionic mendapat skor 5472 untuk single score dan 13769 untuk multi core. Manakala Kirin 990 pula mendapat 3842 untuk single score dan 11644 untuk multi score yang menunjukkan bahawa cipset A13 Bionic masih tidak dapat disaingi oleh Kirin 990.

Prestasi Kirin 990 Masih Di Belakang A13 Bionic WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts