2 Produk Audio Terbaru realme Tiba Di Malaysia Pada Harga Mampu Milik

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 15 Apr 2025 11:00:11

realme hari ini memperkenalkan dua produk audio baharu mereka iaitu– realme Buds Air 7 dan realme Buds T200 Lite yang menggabungkan teknologi terkini dan prestasi  pada harga mampu milik.

realme Buds Air 7 menyampaikan kualiti bunyi premium dengan pemacu titanium 12.4mm dan sokongan Audio Hi-Res (LHDC 5.0).

Antara ciri utamanya termasuklah:

  • Pembatalan aktif hingar (ANC) sehingga 52dB
  • Bateri tahan lama: hingga 52 jam dengan bekas pengecas
  • Pengecasan pantas, 10 minit untuk 10 jam penggunaan
  • Sokongan sambungan Bluetooth 5.4
  • Tahan lasak dengan penarafan IP55
  • 6 mikrofon + AI Noise Reduction untuk panggilan jelas
  • Ketersambungan dwi-peranti & kependaman rendah 45ms yang  sesuai untuk permainan & video

realme Buds T200 Lite pula dilengkapi dengan Pemacu bes dinamik 12mm untuk bunyi jelas dengan bass yang dalam. Antara ciri utamanya seperti:

  • Pengecasan pantas 10 minit untuk 5 jam main balik
  • Bateri sehingga 12 jam pada satu cas
  • Penarafan kalis air IPX4
  • Ketersambungan dwi-peranti – tukar peranti tanpa gangguan

realme Buds Air 7 dan realme Buds T200 Lite kini tersedia di pasaran dengan masing-masing berharga RM249 dan RM79 untuk masa terhad iaitu dari hari ini, 15 April sehingga 30 April 2025.

Selepas itu, realme Buds Air 7 akan berharga RM299 dan realme Buds T200 Lite pula berharga RM119.

realme Buds Air 7 dan realme Buds T200 Lite kini boleh dibeli dari platform rasmi atas talian:

2 Produk Audio Terbaru realme Tiba Di Malaysia Pada Harga Mampu Milik WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts