Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Baharu Di KotaSAS Diteruskan, Babitkan Peruntukkan Lebih RM300 Juta

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 25 Jun 2026 16:32:22

KUANTAN: Pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang baharu di KotaSAS di sini akan diteruskan mengikut perancangan membabitkan peruntukan lebih RM300 juta.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Redzuan Abd. Hamid berkata, sebelum ini isu yang dihadapi adalah berkenaan tapak projek.

“Namun, saya dimaklumkan isu itu sudah berjaya diselesaikan dan dijangka projek ini akan diteruskan seperti dirancang,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pahang di IPK Pahang di sini hari ini.

Menurut Redzuan, beliau memberi komitmen untuk memastikan projek pembinaan IPK Pahang yang baharu berjalan lancar sebelum bersara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah mengumumkan peruntukkan untuk pembinaan projek IPK Pahang yang baharu pada Pembentangan Belanjawan 2025.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Datuk Azry Akmar Ayob hari ini dilantik Pemangku Ketua Polis Pahang menggantikan Datuk Seri Yahaya Othman yang bersara wajib bermula esok. #utusanmalaysia

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts