Protes #Lawan: 29 individu dikenal pasti, lebih 20 laporan diterima

by Oh! Semput


HOME Posted on 01 Aug 2021 16:01:25



SERAMAI 29 individu telah dikenal pasti terlibat dalam protes #Lawan yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis turut menerima lebih daripada 20 laporan polis yang dibuat seluruh negara.

“Setakat ini 29 individu telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk melengkapkan kertas siasatan manakala beberapa individu lain masih dalam proses dikenal pasti daripada rakaman video dan gambar.

“”Pemantauan PDRM semasa perhimpunan berkenaan telah mengesan insiden-insiden dimana penganjur dan peserta perhimpunan secara jelas telah melanggar syarat-syarat SOP PPN serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021 yang sedang berkuat kuasa,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, polis telah beberapa kali sebelum ini memberikan peringatan berhubung larangan untuk berhimpun sewaktu dalam keadaan pandemik.

Mengulas lanjut, polis juga sedang mengenal pasti beberapa lagi individu lain menerusi rakaman video dan gambar.

Sisatan kes akan dibuat mengikut Akta 342 serta lain-lain yang berkaitan.

Semalam, kira-kira 400 peserta protes #Lawan berhimpun di Kuala Lumpur sebagai tunjuk perasaan terhadap kerajaan yang disifatkan gagal.

Bagaimanapun pergerakan mereka menuju ke Dataran Merdeka berjaya dihalang pihak polis sebelum diarah bersurai secara aman.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News