Saja buat provok, lelaki bawa anjing di perarakan Maulidur Rasul

by Oh! Semput


HOME Posted on 09 Nov 2019 16:07:16



Sambutan perarakan Maulidur Rasul bagi memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sememangnyasaban tahun diadkan diseluruh negara.

Sejak pagi tadi, pelbagai foto-foto menarik berjaya dirakam lensa kamera yang memperlihatkan situasi meriah perarakan tersebut. Lebih diingati para peserta perarakan yang beragama Islam disesetengah negeri telah mengenakan pakaian etnik mereka dan turut sama terlibat berjalan kaki serta berselawat.

Namun begitu, masih ada segelintir masyarakat Malaysia yang cuba menaikan sentimen perkauman dengan mengadakan provokasi terhadap acara tersebut.

Menerusi perkongsian daripada  laman Facebook Malaysia Respone Team yang diambil daripada Facebook Mohamad Al Azharnie Shafiee, seorang indivdu telah ditegur oleh anggota polis trafik kerana membawa anjingnya menuju ke jalan ketika perarakan sedang berlangsung.

alt

alt

Walaupun tidak menyatakan lokasi kejadian tersebut, namun jelas terlihat bahawa individu itu memegang seekor anjing betul-betul berhampiran dengan perarakan Maulidur Rasul.

Akan tetapi, tindakan pantas polis trafik yang bertugas dapat mengawal keadaan tersebut menjadi tegang dan kelihatan lelaki itu mulai menjarakkan sedikit dirinya dan anjing itu dari kawasan jalan.

alt

alt

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet yang perasaan akan posting tersebut mulai menbanjiri ruangan komen sumber. Rata-rata menyifatkan tindakan yang dilakukan adalah amat biadap jika dia benar-benar berniat negatif.

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

Walaubagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan atau penerangan yang jelas mengenai kejadian itu dan berharap agar hal yang berlaku adalah sekadar salah faham daripada kedua-dua pihak.

: Malaysian Response Team

Komen

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...