Provokasi agama: Kerajaan MADANI akan pastikan keadilan ditegakkan, keamanan negara dipelihara – PM Anwar

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 01 Mar 2026 10:34:25

Masyarakat diminta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung isu provokasi agama yang tular baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin kebenaran akan terungkai secara menyeluruh dan telus melalui siasatan yang sedang dijalankan.

PM Anwar akan pastikan keadilan ditegakkan

alt

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak | Pejabat Perdana Menteri

“Kerajaan MADANI akan memastikan keadilan ditegakkan dan keamanan negara terus terpelihara,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

alt

Sebelum ini, beliau menegaskan bahawa tuduhan bahawa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap insiden memijak al-Quran adalah tidak berasas.

Tambah beliau, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.

alt

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak | Pejabat Perdana Menteri

Artikel lain: Jangan terperangkap isu remeh jejas perpaduan! PM Anwar gesa fokus usaha bina ekonomi negara

Pada 25 Februari lepas, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial.

Setakat semalam, sebanyak 28 laporan polis telah diterima di seluruh negara berhubung kes berkenaan.

: FB Anwar Ibrahim

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts