by Oh! Semput
SHAH ALAM – PRU yang akan datang bakal menyaksikan gelombang kebangkitan Islam yang akan dibawa oleh Pas.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, gelombang kebangkitan Islam atau dikenali sebagai ‘Gelombang Hijau’ itu mewakili segenap lapisan parti politik, NGO dan Individu yang mahu menegakkan Islam di negara ini.
“Negara pernah alami beberapa siri gelombang pilihan raya setiap sembilan tahun. Antaranya gelombang KU LI pada PRU edisi 1990, gelombang Reformasi pada PRU edisi 1999 dan gelombang ‘Tsunami Cina’ pada PRU edisi 2008,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, gelombang tersebut dibawa dengan tujuan membela maruah umat Islam dan juga hak bangsa bukan Islam di negara ini.
“Setiap edisi gelombang, ia punya rekod latar belakang tersendiri. Setelah berlaku penghinaan demi penghinaan ke atas Islam dan umatnya, nyata mereka perlukan kuasa politik untuk bangunkan kembali maruah umat Islam.
“Pas gigih mengembalikan kuasa politik umat Islam agar Islam ditegakkan dengan sifatnya yang adil kepada semua,” katanya.-SINAR ONLINE