PAS akan mengadakan perbincangan semula bersama pucuk pimpinan tertinggi dalam masa terdekat mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri yang diterajuinya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Naib Presiden PAS Senator Idris Ahmad berkata perbincangan itu dilakukan berikutan Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat pada Jumaat mahu agar Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.