JEN Psaki menamatkan tugasnya sebagai setiausaha akhbar Rumah Putih semalam, lapor Xinhua.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada presiden dan isterinya. Mereka memberi kepercayaan kepada saya untuk menjalankan tugas ini sepanjang 15 bulan lalu,” kata Psaki semasa taklimat terakhirnya di Rumah Putih.