Public Bank Kini Sokong Apple Pay

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 17 Nov 2026 10:30:45

Pemegang kad Public Bank dan Public Islamic Bank kini boleh menggunakan Apple Pay bagi transaksi harian menerusi peranti Apple yang serasi. Dengan ini, Public Bank menyertai beberapa institusi kewangan di Malaysia seperti Maybank, CIMB Bank, AmBank, HSBC dan Hong Leong Bank yang telah menawarkan sokongan Apple Pay kepada pelanggan masing-masing.

Menurut Public Bank, majoriti kad kredit dan debit yang dikeluarkan oleh Public Bank dan Public Islamic Bank menyokong Apple Pay. Bagaimanapun, beberapa kad tertentu seperti PB-AIA Visa Gold Credit Card, PB Visa Commercial Card, PB Visa Business Card dan PB UnionPay Lifestyle Debit Card tidak menyokong perkhidmatan tersebut.

Untuk mengaktifkan Apple Pay, pelanggan hanya perlu menambah kad mereka melalui aplikasi MyPB atau Apple Wallet pada peranti Apple yang serasi. Selepas pengesahan berjaya, perkhidmatan tersebut boleh digunakan untuk transaksi nirsentuh di premis yang menerima Apple Pay.

Bersempena pengenalan ini, Public Bank turut menawarkan kempen pulangan tunai kepada pemegang kad PB dan PIB yang layak. Pengguna akan menerima RM10 pulangan tunai bagi setiap tiga transaksi Apple Pay dengan perbelanjaan minimum RM50 bagi setiap transaksi. Sepanjang tempoh kempen, pelanggan juga boleh menebus ganjaran maksimum sehingga RM30. Promosi ini berlangsung sehingga 16 Disember 2026.

: Public Bank

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts