Pukul rakan senegara, lelaki Nepal dipenjara 4 bulan

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 11 Aug 2020 15:02:25


Lelaki warga Nepal yang terbabit dalam video viral memukul pengawal keselamatan juga dari negara yang sama dihukum penjara selama empat bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Majistret Wong Chai Sia, menjatuhkan hukuman itu terhadap Ram Gopal Murau, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut. 

Berdasarkan pertuduhan, Ram didakwa sengaja memukul mangsa, Eslam Husen, 26, menggunakan cota sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian yang berlaku pada jam 12 tengah hari 7 Julai lalu di tempat letak kereta sebuah kompleks beli-belah, Taman Melati.

Ram dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dijatuhkan hukuman ringan. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran agar perbuatan itu tidak diulangi. 

: Bernama

LAPORAN BERKAITAN

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts