“Bila Masa Pulak Kau Menang? Kepala Hotak Kau” – Cik Epal Bersuara Setelah Muktamad Keputusan Hak Hadanah Dengan Jofliam

by Oh! Semput


5
SHARES
66
VIEWS
Posted on 22 Sep 2026 10:00:52

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Jofliam yang mendakwa dirinya dianugerahkan hak hadhanah penuh terhadap dua anaknya, Han dan Yuki, mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram, Jofliam memaklumkan bahawa mahkamah telah memuktamadkan hak hadhanah kedua-dua anak berkenaan kepadanya.

Advertisement

Jofliam

“Pada hari ini, mahkamah telah memuktamadkan hak hadhanah penuh bagi kedua anak kandungan saya Han dan Yuki, jatuh kepada ayah kandung iaitu saya.”

Dia turut mendakwa pihak-pihak terlibat telah menarik balik tindakan dan mahkamah turut menggugurkan kes komital terhadapnya.

Jofliam berkata, sebagai pemegang hak hadhanah penuh, dia akan menjalankan tanggungjawab terhadap kedua-dua anak dengan sebaiknya.

“Saya akan bersikap fleksible dan bertoleransi demi anak-anak.”

Netizen Mula Persoal Kenyataan Jofliam

Bagaimanapun, perkongsian tersebut menarik perhatian bekas isteri Jofliam, Cik Epal yang mempersoalkan dakwaan berkenaan, khususnya selepas beberapa komen yang ditinggalkan di media sosial.

cik epal

“Hahaha bila masa pulak kau menang?”

Seorang lagi pengguna pula menyindir dengan menyebut mengenai hak penjagaan anak.

Dalam pada itu, terdapat juga pengguna yang mempersoalkan mengenai kenyataan Jofliam sebelum ini berkaitan keputusan kes hadhanah.

jofliam

Selain itu, ada netizen yang menyifatkan perkembangan terbaharu tersebut sebagai satu kejutan dan mempersoalkan tindakan berkaitan kes komital.

Jofliam Ucap Terima Kasih Kepada Peguam

Dalam perkongsian lain, Jofliam turut berkongsi foto bersama barisan peguam yang mengiringinya di mahkamah.

Jofliam Maklum Dianugerahi Hak Penjagaan Penuh Yuki & Han – “Peguam Saya Lebih Pentingkan Kerja Dari Media Sosial”

Dia menzahirkan penghargaan kepada mereka yang menurutnya telah bersama-sama membantunya sepanjang tempoh dua tahun berdepan proses berkaitan hak hadhanah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-09-22 13:08:10

Jofliam Maklum Dianugerahi Hak Penjagaan Penuh Yuki & Han - "Peguam Saya Lebih Pentingkan Kerja Dari Media Sosial"

“Bila Masa Pulak Kau Menang? Kepala Hotak Kau” – Cik Epal Bersuara Setelah Muktamad Keputusan Hak Hadanah Dengan Jofliam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts