5 Punca Masalah Najis Hijau yg Anda Perlu Tahu

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 21 Sep 2022 18:00:21

Apakah punca kepada masalah najis hijau? Artikel ini akan membincangkan punca dan rawatan kepada masalah ini.

Pengenalan

Najis adalah produk perkumuhan bahan makanan dan minuman manusia. Apabila kita makan, pencernaan bermula seawal di dalam mulut dan terus berlaku sepanjang saluran makanan sehingga ke rectum atau kantung najis. Di sepanjang saluran ini, berbagai proses yang melibatkan pelbagai enzim dan organ berlaku. Bahan makanan yang melalui proses ini mengalami penyerapan nutrient dan air, mengalami perubahan warna bergantung kepada warna asal, dan akhirnya dibuang melalui system perkumuhan. Justeru, warna najis akan berubah hampir setiap hari bergantung kepada beberapa faktor termasuk diet harian. 

Kebiasaannya, najis mempunyai warna kuning atau coklat. Pigmen kuning dan coklat ini terhasil apabila bahan makanan yang bercampur dengan jus hempedu-yang asalnya berwarna hijau melalui proses pencernaan. Proses ini mengubah warna jus hempedu daripada hijau ke kuning. Akan tetapi, najis juga boleh berubah kepada warna hijau, hitam, merah dan lain-lain. Walaupun kebanyakan perubahan warna najis bukanlah petanda anda menghidap penyakit, adalah lebih baik anda mendapatkan konsultasi doktor jika anda bimbang.

Najis berwarna hijau juga boleh berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Pada hari pertama sehingga ketiga kehidupan, bayi akan mengeluarkan najis melekit berwarna hitam-kehijauan dipanggil mekonium. Mekonium adalah hasil campuran sel dan bahan-bahan lain yang dirembeskan ke dalam perut bayi semasa di dalam rahim. Selepas hari ketiga kehidupan, najis bayi akan mula bertukar menjadi warna hijau- keadaan ini dipanggil najis sementara sebelum kemudiannya berubah warna menjadi coklat atau kuning. Secara amnya, najis berwarna hijau pada bayi bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kecuali jika bayi atau anak anda turut mengalami gejala lain selain perubahan warna najis.

Warna Najis yang Berbeza

Jadual di bawah merupakan contoh warna-warna najis dan puncanya:

CoklatWarna najis normal
Merah cair/merah gelapMakanan,minuman atau pewarnaPendarahan pada usus
Putih/pucat/kelabu tanah liatKekurangan jus hempeduUbat tahan cirit-birit
Hitam atau coklat gelapUbat tahan muntah/ anginPendarahan di bahagian usus kecil

Merah terang
Makanan, minuman, pewarnaBuasir berdarahPendarahan di bahagian usus besar

Kuning kehijauan
PewarnaKandungan lemak yang tinggiJangkitan usus kecil

Hijau
PewarnaUbat-ubatan/vitaminSayuran hijauJangkitan usus

Punca Najis Berwarna Hijau

1. Diet

Diet dengan makanan berwarna hijau atau lebih sayur-sayuran boleh menjadi punca najis anda berwarna hijau. Sayuran dan tumbuhan kaya klorofil seperti brokoli, bayam dan kangkung adalah antara sebab najis menjadi hijau. Selain itu, makanan-makanan berikut juga boleh menjadi punca: -kekacang hijau seperti pistachio dan kacang Edamame, teh Matcha, buah-buahan hijau seperti avocado dan epal hijau, pewarna makanan dan herba-herba seperti parsli.

Najis berwarna hijau pada bayi selepas hari ke 5 pula mungkin disebabkan oleh kekurangan susu ataupun ketidakseimbangan kandungan susu awal and susu akhir ibu menyusu. Kandungan susu ibu berubah setiap kali sesi penyusuan. Susu awal (foremilk) mempunyai lebih peratusan air,rendah kandungan lemak dan tinggi kandungan gula daripada susu akhir (hindmilk) yang lebih berlemak dan tinggi kalori. Jika bayi mendapat lebih banyak susu awal, najis mereka lebih hijau daripada jika mereka mendapat banyak susu akhir.

Pengenalan kepada makanan berwarna hijau pada umur 6 bulan boleh mempengaruhi pigmen najis bayi. Selain itu, alergi pada susu formula juga boleh menjadi punca najis bayi menjadi hijau dan mungkin berdarah.

2. Jangkitan di dalam usus

Jangkitan mikroorganisma pada usus boleh menyebabkan usus anda bergerak lebih laju daripada biasa sekaligus mengurangkan masa untuk makanan dicerna dengan sempurna di dalam usus. Jus hempedu yang sepatutnya bertukar warna tidak dicerna dan mengekalkan warna hijaunya di dalam najis.

Jangkitan usus pada bayi juga boleh menyebabkan najis bayi menjadi lebih hijau dan berbau daripada biasa kerana perubahan dalam di dalam usus. Kebiasaannya, bayi akan mengalami cirit-birit dan mungkin mendapat dehidrasi. Dapatkan konsultasi doctor jika bayi anda membuang air besar lebih kerap daripada biasa.

3. Ubat-ubatan

Sesetengah ubat-ubatan boleh mengubah bakteria baik di dalam usus anda dan menyebabkan ia mencerna makanan menjadi kehijauan.  Ubat juga boleh menyebabkan usus anda tidak selesa dan menyebabkan anda mendapat cirit-birit. Keadaan ini juga boleh berlaku kepada bayi dan kanak-kanak yang mengambil ubat-ubatan.

4. Masalah kesihatan lain

  • Selepas pembedahan pembuangan pundi hempedu: pembuangan pundi hempedu menyebabkan lebih banyak jus hempedu dirembeskan ke usus dan najis cair berwarna hijau.
  • Sindrom Iritasi Usus: Pesakit yang mempunyai sindrom iritasi usus sentiasa mengalami masalah pencernaan makanan dan cirit-birit. Mereka juga boleh mengalami najis berwarna hijau.
  • Masalah penyumbatan saluran di dalam hati : Masalah ini boleh berlaku kepada orang yang mempunyai ketagihan alcohol, kanser hati, kanser hempedu atau apa sahaja keadaan yang menyebabkan saluran hati tidak dapat merembeskan jus hempedu. Kesudahannya, air kencing menjadi lebih pekat manakala najis menjadi pucat. 

Keadaan ini juga boleh berlaku pada bayi dan jika tidak dirawat, ia boleh mendatangkan maut. Bayi yang mempunyai masalah ini akan membuang najis berwarna pucat dari awal dan perlu mendapat rawatan segera.

5. Vitamin

Pengambilan vitamin tinggi klorofil atau tinggi zat besi juga boleh menyebabkan najis berwarna hijau. Ibu yang mengambil banyak zat besi semasa mengandung atau bayi yang memerlukan supplemen zat besi juga mengalami perkara yang sama.

Mendapatkan Nasihat Doktor

Kebiasaannya, najis berwarna hijau adalah sesuatu yang normal. 

Tambahan lagi jika anda mengubah diet ataupun sakit. Akan tetapi, jika keadaan ini berterusan ataupun anda bimbang, dapatkan nasihat doctor. 

Doktor akan mengambil sejarah kesihatan anda, dan kemudian membuat keputusan sama ada anda memerlukan pemeriksaan lanjutan atau tidak. Antara pemeriksaan lanjutan yang mungkin dilakukan termasuk:

  1. Ujian darah : ujian darah dilakukan untuk memastikan anda bebas daripada jangkitan kuman dan juga untuk memeriksa fungsi organ seperti hati dan buah pinggang anda.
  2. Ujian Xray atau Ultrasound : Ujian ultrasound mungkin dilakukan jika Doktor mengesyaki anda mengalami masalah hati manakala Xray mungkin dilakukan jika anda mengalami masalah usus.
  3. Ujian Endoskopi: Ujian Ultrasound dan Xray hanya boleh mengesan sebahagian kecil masalah salur pencernaan. Ujian endoskopi kadang-kala diperlukan untuk mengesahkan jika anda mempunyai luka atau iritasi usus. Ujian endoskopi dilakukan dengan memasukkan tiub silicon berkamera melalui mulut.
  4. Ujian CT scan : Jarang sekali, ujian CT scan diperlukan untuk membantu diagnosa. Namun, ia jarang dilakukan untuk kes najis berwarna hijau.

Kesimpulannya, najis berwarna hijau tidak sepatutnya menjadi kerisauan. Dapatkan nasihat doktor jika anda atau bayi anda mengalami perubahan warna najis tanpa perubahan diet ataupun jika najis berwarna hijau dan lebih cair daripada biasa.

5 Punca Masalah Najis Hijau yg Anda Perlu Tahu Root of Science.

SUMBER ASAL

MIX COKLAT ARAB
MIX COKLAT ARAB
Shop Now
SACE LADY Lipstick Waterproof Color Liptint
SACE LADY Lipstick Waterproof Color Liptint
Shop Now
Women Bra push up bra lingerie
Women Bra push up bra lingerie
Shop Now

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts