Punca penyakit jadi tanda tanya, doktor sahkan Aqish tidak hidap kanser

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Jan 2020 12:04:28



Sejak beberapa hari ini, media dipenuhi dengan perkembangan terkini pelakon cilik, Puteri Balqis Aziz yang kini terpaksa menjalani kehidupan serba kekurangan.

Terdahulu, pelakon cilik itu didakwa menghidap penyakit kanser. Bagaimana pun, pakar Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Pakar Swasta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Masri Muhamed, menyatakan sebaliknya.

Menurut Dr Masri yang merawat Puteri Balqis, dia telah melakukan beberapa ujian termasuk ujian darah untuk mencari punca penyakit yang dihadapi pelakon cilik tersebut.

“Kandungan hemoglobin dalam darahnnya sangat rendah, jadi saya jalankan ujian lain untuk fungsi hati dan buah pinggang. Selepas semua kajian dilakukan, saya mendapati dia tidak menghidap kanser…”

alt

Meskipun disahkan tidak mempunyai kanser, namun pihaknya masih mencari apakah penyakit sebenar yang dihidapi pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014 itu.

Penyakit Puteri Balqis masih menjadi tanda tanya. Sehingga kini, pelakon tersebut sering muntah darah selepas sejak jatuh sakit sekitar tahun 2018.

alt

alt

alt

Dalam perkembangan terbaru, Puteri Balqis memilih menulis puisi dan menjualnya di jalanan bagi menampung kehidupannya seharian.

: Harian Metro

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...