MASALAH keguguran rambut bukan sesuatu yang asing bagi semua orang lebih-lebih lagi kaum wanita.
Lebih menyedihkan masalah keguguran rambut ini menyebabkan anda hilang keyakinan diri, rambut menjadi botak, rambut termasuk dalam makanan ketika memasak, dan boleh menyebabkan saluran air tersumbat kerana terlalu banyak rambut yang menyekat laluan.
Jangan gusar kerana masalah keguguran rambut ini bukanlah masalah besar yang tidak boleh dicegah atau dikawal.
Anda perlu mengenal pasti punca keguguran rambut dan cuba atasinya. Masalah rambut boleh disebabkan oleh:
1. Pengambilan makanan yang tidak seimbang
Pengambilan makanan yang tidak seimbang serta banyak memakan makanan segera menyumbang kepada kerosakan rambut dan keguguran rambut.
Ini kerana rambut anda tidak mendapat nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang sihat.
Untuk mengelakkan masalah keguguran rambut berterusan, anda perlu mengamalkan pengambilan diet yang seimbang, dan pastikan ada minum air yang secukupnya. 2. Kekurangan pengambilan zat besi
Pengambilan zat besi adalah penting untuk membantu penghasilan darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.
Kekurangan oksigen pada tubuh badan boleh merencatkan tindakbalas kimia dalam tubuh badan yang boleh membantu pertumbuhan rambut yang sihat.
Rambut yang kekurangan zat ini akan mudah rapuh dan gugur.
Cara untuk mengatasinya adalah dengan memperbanyakkan pengambilan makanan yang membekalkan zat besi seperti sayuran hijau (bayam, brokoli),biji labu, kerang, hati ayam dan pelbagai lagi makanan lain atau mendapatkan supplemen zat besi dengan nasihat pakar perubatan.
3. Mengandung dan melahirkan anak
Ketika hamil dan melahirkan anak, hormon di dalam badan menjadi tidak stabil dan tidak menentu kerana cuba menyesuaikan diri untuk tumbesaran janin, melahirkan dan menyusukan anak.
Ini menyebabkan konflik pada tubuh badan jika corak pemakanan anda tidak dapat memenuhi tuntutan tubuh badan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.
Tubuh anda juga ketika itu memerlukan pengambilan nutrisi yang secukupnya untuk perkembangan janin dan untuk membantu penyusuan.
Caranya adalah anda perlu memastikan mengambil makanan dalam kuantiti yang mencukupi dan seimbang untuk membekalkan nutrien pada tubuh badan anda dan bayi anda. 4. Mendedahkan rambut kepada bahan kimia berlebihan
Salah satu punca yang menyebabkan rambut gugur adalah kerana terlalu kerap mencuci rambut, mewarnakan rambut, meluruskan rambut dan macam-macam penggayaan rambut yang mendedahkan rambut kepada kimia berlebihan.
Terlalu kerap mencuci rambut menyebabkan anda menyingkirkan nutrien dan lembapan minyak semulajadi yang terdapat pada rambut.
Kurangkan kekerapan mencuci rambut sekurang-kurangnya 3 hari sekali tetapi jangan pula tidak mencuci rambut terlalu lama sehingga menyebabkan rambut terlalu berminyak yang boleh menyumbang kepada keguguran rambut.
Untuk melakukan pewarnaan rambut, pastikan anda menjarakkan masa mewarnakan rambut sekurang-kurangnya 2-3 bulan sekali untuk memberi rehat kepada kulit kepala anda untuk membaiki kerosakan.
Meluruskan rambut mendedahkan anda pada kimia yang boleh menyebabkan kerosakan ikatan protein pada folikel rambut seterusnya menyebabkan struktur rambut menjadi lemah. Ia juga boleh menyebabkan kehadiran kelemumur.
Penggunaan pengering rambut, pelurus dan kerinting rambut yang melibatkan suhu yang tinggi boleh merosakkan kutikel rambut dan menyebabkan rambut kehilangan kelembapan semulajadi dan nutrien yang diperlukan untuk rambut kekal sihat.
Cara untuk mengelakkan keguguran rambut adalah,pastikan anda tidak terlalu kerap melakukan penggayaan ini dan elakkan menghalakan terus pengering rambut ke kulit kepala.
Lakukan rawatan rambut di rumah seminggu sekali dengan menggunakan pelembap dan dapatkan rawatan di salon untuk memperbaiki rambut yang rosak. 5. Menyambung rambut dengan aksesori
Setengah individu gemar mempelbagaikan penggayaan sehingga meletakkan aksesori yang terlalu berat, menyambung rambut dan mengikat rambut terlalu lama.
Elakkan pengayaan rambut sebegini kerana menggantung sesuatu di rambut terlalu lama boleh menyebabkan rambut tertarik dan folikel rambut menjadi rapuh.
Mengikat rambut terlalu ketat juga menyebabkan rambut menjadi lemah dan meningkatkan kebarangkalian rambut tertarik bersama getah rambut apabila dibuka.
Caranya adalah elakkan menggunakan getah rambut yang tidak elastik,dan menggunakan aksesori yang berat terlalu lama untuk meminimakan tekanan pada rambut anda.
6. Tekanan dan stress
Tekanan dan stress bukan sahaja menimbulkan kedutan pada wajah tetapi boleh menyebabkan keguguran rambut kerana ketika anda stress, semua otot dibahagian leher dan kepala mengecut (spasm), dan menyebabkan gangguan peredaran darah ke kepala.
Ini menyebabkan folikel dibahagian rambut tidak mendapat bekalan nutrien dan oksigen secukupnya dan menggalakkan keguguran rambut.
Anda boleh mengurangkan stress dengan melakukan senaman meditasi, membuat urutan kepala, dan joging untuk mengawal stress. Ini bukan sahaja membantu dalam mengelak keguguran rambut, malah dapat menyumbang kepada kesihatan anda.
Urutan kepala yang baik adalah dengan menggunakan sejenis minyak iaitu castor oil yang dikatakan sangat baik dalam membantu pertumbuhan rambut. Anda juga boleh menggunakan minyak kelapa untuk membuat urutan di kulit kepala.
Castor oil adalah minyak sayuran yang sangat berkhasiat untuk pelbagai kegunaan di samping sangat bagus untuk membantu melebatkan bulu mata dan bulu kening.
Secara ringkas dapat disimpulkan, untuk mengelakkan keguguran rambut, anda perlu
1.mengamalkan diet sihat dan seimbang 2.minum air dan tidur secukupnya sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari untuk membaiki sistem tubuh 3.merawat rambut dirumah dengan pelembap, urutan kulit kepala 4.melakukan senaman untuk menghilangkan stress 5.tidak meletakkan beban pada rambut dengan ikatan rambut yang ketat, meletak aksesori terlalu lama dan mendedahkan rambut kepada bahan kimia terlalu kerap.
Disini disertakan video sumber dari youtube untuk lebih jeLas.
Semoga dengan perkongsian dapat menyelesaikan masalah keguguran rambut anda dan mengembalikan kesuburan rambut anda. —EdisiRakyat.com, 23 April 2017.
Kes kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida kembali menjadi perhatian selepas tiga individu berprofil tinggi dilaporkan tampil menyerahkan bukti baharu kepada Jabatan Siasatan Khas Thailand (DSI).Tiga individu berkenaan ialah bekas Ahli Parlimen Thailand,
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat laporan polis berhubung penyebaran sebuah video dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa memfitnah dirinya.Fadhlina yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) berka
Usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli berkongsi perkembangan terkini bekas adik iparnya, Anes Ayunie yang mengalami komplikasi placenta accreta selepas bersalin.Menerusi hantaran di Threads, Iqbal memaklumkan Ayunie telah selamat melahirk
Pemilik kenderaan yang masih mempunyai saman tertunggak atau kes mahkamah yang belum diselesaikan mungkin tidak lagi dibenarkan keluar atau masuk ke Malaysia menerusi jalan darat jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan.Menteri Pengangkutan,
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Muzium terus memberi tumpuan kepada tiga langkah strategik bagi memperkukuh serta mentransformasikan sektor permuziuman negara agar kekal relevan dan berdaya saing dalam era semasa.Menterinya, Datuk Aaro
Konsep jualan makanan menggunakan istilah infak yang dilakukan menerusi siaran langsung di media sosial mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.Menerusi perkongsian yang tular, peniaga tersebut didakwa hanya akan mengagihkan makanan kepada orang
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (Administrative Monetary Penalty, AMP) sebanyak RM520,000 terhadap AEON Credit Service (M) Berhad pada 6 April 2026.Ini selepas BNM mendapati berlaku kegagalan pematuhan terhadap ke
Menurut kenytaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL):DBKL mengambil maklum berhubung satu hantaran yang tular di platform media sosial Threads berkaitan dakwaan kakitangan DBKL yang membuang sampah daripada kenderaan rasmi ja
Menurut kenytaan Malaysian Meteorological Department (MET):Simulasi Pelan Kesinambungan Perkhidmatan Jabatan Meteorologi Malaysia sedang dilaksanakan bagi menguji dan menambah baik keberkesanan penyampaian perkhidmatan Jabatan sema
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengumumkan pelanjutan pelaksanaan Ops Kesan sehingga 30 Jun 2026 sebagai langkah memberi ruang tambahan kepada majikan yang masih belum mendaftarkan serta mencarum pekerja mereka supaya tampil secara sukarela.Lanj