Bank Pusat Indonesia Rancang Kurangkan Sifar Pada Rupiah

by Oh! Semput


7
SHARES
93
VIEWS
Posted on 20 Dec 2016 09:00:30

IndonesiaFoto oleh WSJ

Gabenor Bank Pusat Indonesia berkata pihak bank sedang merancang untuk mengurangkan tiga nilai sifar pada wang rupiah dalam usaha untuk memudahkan sistem mata wang.

Gabenor Bank Indonesia (BI), Agus Martowardojo berkata beliau telah meminta Presiden Joko Widodo untuk menghidupkan semula pelan redenominasi rupiah yang ditangguhkan sebelum ini untuk menjadikan matawang tersebut “lebih berkesan dan lebih mudah”.

Satu draf undang-undang sokongan redenominasi telah dikemukakan kepada Parlimen pada tahun 2013 di bawah kerajaan sebelumnya. Walau bagaimanapun, draf tersebut telah diketepikan akibat ketidakstabilan dalam pasaran kewangan Indonesia pada masa itu.

Jika Parlimen meluluskan rang undang-undang ini tahun depan, bank pusat akan memerlukan dua tahun lagi untuk menyediakan nota rupiah yang baru. Ia kemudian akan memerlukan tujuh tahun lagi untuk proses peralihan sebelum ia boleh mengeluarkan sepenuhnya tiga sifar daripada rupiah, katanya.

“Harga barangan dan perkhidmatan perlu juga dipermudahkan. Oleh kerana tempoh peralihan, di mana orang boleh menggunakan kedua-dua wang rupiah lama dan baru, kami pasti ia tidak akan memberi kesan kepada inflasi,” kata Martowardojo pada majlis pelancaran siri reka bentuk baru untuk mata wang fizikal.

Denominasi terbesar rupiah kini adalah 100,000 manakala yang paling kecil adalah 1,000. Reka bentuk mata wang baru ini merupakan untuk nota wang rupiah yang digunakan sekarang dan akan menampilkan imej tokoh-tokoh bersejarah Indonesia.

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati berkata, jumlah sifar yang banyak pada rupiah mencerminkan sejarah inflasi mata wang itu dan menegaskan bahawa dia akan membincangkan cadangan itu dengan Parlimen. Walaubagaimanapun, beliau berkata, cadangan ini tidak disenaraikan dalam senarai keutamaan perundangan semasa bagi tahun 2017.

“Redenominasi akan mengukuhkan keyakinan dalam mata wang Indonesia, tetapi ia tidak akan menjejaskan apa-apa,” katanya kepada pemberita pada majlis yang berasingan pada.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts