by Oh! Semput
Pelakon Puteri Sarah bangga dengan anak sulungnya, Syaikul Islam yang meraih keputusan cemerlang dalam kesemua mata pelajaran, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin di laman TikToknya, dia meluahkan rasa syukur ketika menerima kad laporan berkaitan pencapaian anak lelakinya itu.
Dalam kad laporan itu, Syaikul telah meraih A dalam kesemua mata pelajaran dan apa yang lebih membanggakan, dia menerima markah penuh 100 peratus untuk subjek Pendidikan Islam.
Artikel lain: Puteri Sarah mahukan cinta baharu – “Dah lama ‘move on’ dari masa lalu”
Dalam pada itu, pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri ini turut menitipkan nasihat kepada Syaikul untuk lebih belajar bersungguh-sungguh serta menjadi anak yang soleh.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah kepada Syaikul untuk pencapaian yang membanggakan dan kagum dengan cara Puteri Sarah yang pandai dalam mendidik anak-anak.
Sementara itu, ramai berharap agar Syaikul menjadi anak soleh kepada orang tuanya dan mendoakan kanak-kanak itu berjaya di dunia serta akhirat.
Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah popular, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun berpisah pada 14 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5.
: TikTok @Puteri Sarah Liyana