by Oh! Semput
MALAYSIA akan meminta Meta menjelaskan penyingkiran catatan Facebook yang berkaitan dengan laporan media pertemuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan seorang pemimpin Hamas.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberitahu pemberita hari ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menulis surat kepada Meta untuk mendapatkan penjelasan.
Beliau berkata beliau juga akan menulis kepada Meta atas kapasitinya sebagai menteri.
“Sebagai menteri komunikasi, saya mengecam tindakan Meta menurunkan artikel atau siaran daripada media.
“Apatah lagi ini adalah laporan mengenai lawatan rasmi perdana menteri ke Qatar dan pertemuan dengan sayap politik sesebuah organisasi, bukan sayap militan atau sayap tentera,” kata Fahmi.
Anwar bertemu Ismail Haniyeh dari Hamas di Qatar awal minggu ini, dan berkata beliau mempunyai hubungan baik dengan pemimpin politik Hamas, tetapi tiada penglibatan dalam aparat tenteranya.
Sebelum ini Malaysiakini dan Sinar Harian telah menyatakan bahawa catatan Facebook mereka mengenai pertemuan Anwar telah dialih keluar, kononnya kerana bertentangan dengan piawaian masyarakat mengenai individu dan organisasi berbahaya. – 15 Mei, 2024.