“Putus 2011 jumpa semula 2015..” Wanita Kongsi Kisah Berjodoh Balik Dengan Ex Boyfriend

by Oh! Semput


19
SHARES
251
VIEWS
Posted on 18 Oct 2020 07:05:30

Setiap insan pastinya mahu hubungan istimewa yang dibina dengan rasa cinta berakhir hingga ke jinjang pelamin.

Namun begitu, tidak semua hubungan istimewa yang terjalin akan berakhir dengan kegembiraan.

Jodoh dan pertemuan semuanya telah ditentukan olehNya, kita sebagai manusia hanya mampu merancang namun takdir menentukan segalanya.

Cinta putus ditengah jalan bertaut kembali

Apa yang menarik untuk kisah kali ini adalah sebuah kisah cinta yang pernah terputus ditengah jalan suatu ketika dahulu akhirnya bertemu kembali.

Malah, hubungan istimewa tersebut diakhiri dengan dengan penyatuan dua hati menjadi sepasang suami isteri yang sah.

Itulah yang berlaku kepada seorang pengantin baru dikenali sebagai Hanna Shuaib yang tular di Twitter baru-baru ini.

Married to my first love, my ex. He was my first boyfriend (2009) and we broke up (2011). We met again (2015), get to know each other again. Anddd hereeee we are ! My husband ❤️ Alhamdulillah pic.twitter.com/ZP0qUNKnRz

— HS (@HannaShuaib_) October 16, 2020

Kalau dah jodoh tak kemana

Wanita cantik ini mengakui pernah kenal rapat dengan seorang jejaka sejak dari tahun 2009.

Walau bagaimanapun hubungan dengan teman lelaki pertamanya tersebut tak mampu bertahan lama dan mereka telah berpisah pada tahun 2011.

Bertemu semula dengan jejaka yang sama setelah 5 tahun

Ternyata, jodoh itu adalah rahsia dan takdir Tuhan yang paling indah. Siapa sangka, dia telah bertemu semula dengan jejaka yang sama sekitar 5 tahun lepas.

Selepas kenal semula diri masing-masing dengan lebih baik, individu yang pernah menjadi bekas teman lelakinya itu akhirnya sah bergelar suami kepada Hanna Shuaib dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana.

Moga kekal hingga ke jannah

Congratulations for you for that reach the difficulties in your life and never give up…and congrats from again. I hope you’ll happy to Jannah

— Itslekir (@aimnnzir) October 17, 2020

Kisah ini turut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen menyifatkan soal jodoh wanita ini begitu indah walaupun ada pasang surutnya.

YOY Network

Selain itu, netizen turut meninggalkan pelbagai komen positif dan mendoakan pasangan ini berkekalan hingga ke syurga.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts