Satu rakaman video kemalangan yang membabitkan sebuah helikopter yang dipercayai mengorbankan seorang pengantin wanita jadi tular di media sosial. Lebih menyedihkan apabila pengantin terbabit dikatakan sedang dalam perjalanan untuk pergi ke majlis perkahwinannya.
Rakaman video berkenaan turut memaparkan saat-saat akhir pengantin terbabit bermula dari dalam kokpit sehinggalah helikopter berkenaan terhempas yang telah mengorbankan 4 penumpang.
Kejadian tragis dan menyayat hati ini berlaku di Sao Lourenco da Serra, Sao Paulo, Brazil pada bulan Disember 2016 tetapi baru sahaja disiarkan di media.
Menurut laporan laman Globo, pengantin wanita berkenaan yang dikenali sebagai Rosemeire Nascimento da Silva pada ketika dalam perjalanan ke majlis pernikahan mereka dan ingin membuat kejutan kepada bakal suaminya itu yang tidak tahu akan kehadirannya dengan helikopter dan juga para hadirin majlis terbabit.
Para penumpang helikopter berkenaan bersama pengantin adalah abang kepada pengantin wanita berkenaan Silvano Nascimento da Silva serta jurugambar mereka, Nayla Cristina Neves Lousada yang dipercayai sedang hamil 6 bulan.
Rakaman video tersebut telah jadi tular di media sosial dan netizen turut melahirkan rasa simpati mereka terhadap pengantin berkenaan yang tidak kesampaian untuk melangsungkan majlis perkahwinannya.
Digital Nasional Berhad (DNB) mengesahkan U Mobile secara rasmi telah menamatkan penggunaan rangkaian 5G miliknya berkuat kuasa 30 Jun 2026, selaras dengan peralihan Malaysia kepada rangkaian berasingan di bawah model Dwi-Rangkaian 5G.Menurut DNB, pengun
Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) :Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan isu tular di media sosial berhubung p
Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menggesa pengundi Melayu supaya memilih calon Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang tanpa terikat kepada kesetiaan terhadap mana-mana parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Menerusi surat terb
KUANTAN: Johor tidak terlalu tinggi berbanding bulan, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Dato Ustaz Rosli Abdul Jabar.Sehubungan itu, ujarnya PAS hendak memenangi kerusi di Johor bukan mustahil.Cita-cita terhadapnya adalah realistik, insya-Allah kita
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan pemansuhan arahan kawalan penjualan diesel bagi kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa mulai hari ini, sekali gus mena
Empat daripada enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor yang disyaki terbabit dalam kes buli disingkirkan daripada institusi itu selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM bersidang dan membuat keputusan terhadap kes berkenaan.Pengerusi
Seorang individu mencuri perhatian selepas berkongsi pengalaman pertamanya makan di restoran milik penerbit dan pelakon, Sheila Rusly.Menerusi hantaran di Threads, individu itu mendakwa makanan di restoran berkenaan tidak menepati cita rasanya walaupun k
Sebuah kantin sekolah di Sungai Ramal diarahkan ditutup selama 14 hari selepas beberapa murid dilaporkan mengalami muntah, pening dan sakit perut. Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti dan kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF):Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa pelaksanaan BUDI MADANI (BUDI Diesel) akan bermula pada 1 Julai 2026, membolehkan pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak membeli diesel bersubsidi pad
Kejayaan anak sulung pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin memecahkan rekod acara 110 meter lari berpagar (hurdles) pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 sekali lagi menjadi perhatian ramai.Bagaimanapun, di sebalik ucapan tahniah yang diterima