Rakan artis marah, netizen ‘back up’ Mas Idayu... Netizen setuju lagu jampi rosak bila Sissy Iman bawa, nyanyi tak sedap

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 25 Jan 2023 12:30:46

 


Sejak beberapa hari yang lalu, nama penyanyi Mas Idayu menjadi perbincangan di kalangan netizen yang tidak berpuas hati dengan kritikan yang diberikan olehnya terhadap persembahan Sissy Imann dan Naim Daniel di minggu keenam program Famili Duo.


Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, yang bertindak sebagai juri tetap program tersebut memberikan kritikan bahawa lagu yang dinyanyikan oleh mereka yaitu Jampi didengar kasar dan tidak sedap didengar seperti yang diharapkan.


Tidak hanya netizen, beberapa pemain industri seperti Datuk AC Mizal dan Aubrey Suwito juga turut meluahkan rasa tidak senang dengan cara kritikan Mas Idayu yang sepatutnya dibuat dengan lebih berhemah.


Kritikan tersebut juga menyebabkan Sissy mengalirkan air mata sehingga mengambil keputusan untuk tidak melancarkan album terbarunya yang dijangka akan keluar di pasaran pada bulan Februari ini.


Sissy juga merasa bahawa dunia muzik tidak lagi berpihak kepadanya dan meminta maaf kepada peminat kerana tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada malam tersebut.


Walaupun menerima kecaman, seorang pengguna TikTok telah memuat naik semula video persembahan Sissy dan Naim, yang membuat ramai netizen berubah pendapat dan bersetuju dengan kritikan Mas Idayu.


Melalui ruangan komen video tersebut, ramai yang mengakui bahwa persembahan pasangan duo itu teruk dan ada yang menyifatkan Sissy seolah-olah membawa lagu yang menakutkan.


"Memang sesuai Mak Idayu marah, kita dengar pun sakit telinga. Saya sokong Mummy tegur dia sampai menangis.


"Bila dengar balik macam lagu hantu pun ada... kalau tengah malam bawa kereta tempat sunyi dengar lagu ini. Tak ke seram?


"Kali ini aku sokong Mummy marah, suara Sissy memang unik sampai aku nak tolong tutup mulut dia.


"Ke laut dalam dia menyanyi, daripada nak bersimpati, dengar terus rasa marah," antara komen netizen.




Malah ada yang menyifatkan bahawa persembahan mereka berdua telah merosakkan lagu Jampi yang asalnya dinyanyikan oleh Hael Husaini.


Sebelum ini, Mas Idayu dalam satu kenyataan kepada mStar menyatakan bahawa dia berharap Sissy dan Naim dapat menerima kritikan yang diberikan dengan positif kerana niatnya hanya untuk menjadikan mereka lebih baik.


Menurut Mas Idayu, dia memberikan kritikan kerana sayang kepada mereka berdua dan melihat bahawa Sissy dan Naim memiliki potensi besar sebagai penghibur.


"Kepada Sissy dan Naim, kamu kenal Mummy, kan? Saya marah sebab saya sayang. Saya tahu mereka berdua memang berbakat besar," katanya.


: mStar Online

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts