by Oh! Semput
Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar menegur segelintir umat Islam yang sudah mula sibuk dengan persiapan raya walaupun bulan Ramadan masih lagi belum tiba.
Menerusi hantaran di Threads beliau, Ustaz Wadi menzahirkan rasa sedih dengan situasi yang berlaku, seolah-olah langsung tidak mengendahkan ‘tetamu’ yang cukup mulia.

Susulan daripada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar persiapan raya yang dibuat tidak mengatasi ibadah yang sepatutnya dilakukan pada Ramadan nanti.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah menghadirkan pelbagai maklum balas apabila ada di antara mereka bersetuju dengan kenyataan yang dibuat pendakwah terkenal berkenaan.
Walau bagaimanapun, ada juga yang memberi alasan persiapan raya dibuat lebih awal kerana mahu memberi tumpuan terhadap ibadah puasa pada Ramadan nanti.





Artikel lain: Mahu fokus Ramadan, Sweet Qismina ingin elak perkara negatif – “Tak nak perli-memerli”
Apa-apa pun, semoga ibadah puasa yang bakal dijalani umat Islam pada 19 Februari 2026 nanti dipermudah dan sama-sama dapat berhari raya pada Syawal nanti.
: Threads ustazwadiannuar