Ramai doa Chong Wei dapat hidayah

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 30 May 2020 03:01:43

KUALA LUMPUR: Sumbangan bekas jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur semalam mendapat pujian pelbagai pihak.

Berita berkenaan yang disiarkan di Berita Harian Online mendapat lebih 1,300 komen dan dikongsi 2,100 warga media sosial yang menyokong penuh usaha berkenaan walaupun pemain legenda itu berlainan bangsa dan agama.

Mereka turut mengucapkan terima kasih atas usaha berkenaan manakala ramai mengharapkan Chong Wei akan memperoleh hidayah atas usaha murni itu.

"Alhamdulillah...Moga diberi hidayah oleh Allah, utk menjadi ummat nabi Muhammad saw..

Allah hu akbar...

"Dato lee chong wei yg berhati mulia.." kata seorang pelayar di laman Facebook berkenaan.

Selain itu usaha Chong Wei juga disifatkan sebagai menonjolkan sikap unik rakyat Malaysia di mata dunia dengan mereka sangat menghormati antara satu sama lain dan ia sudah sebati di jiwa masing-masing.

Semalam perkongsian itu dimuat naik di akaun Facebook rasmi masjid berkenaan yang turut disertakan tiga gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid.

"Terima kasih Datuk Lee Chong Wei atas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala di kala suasana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini.

"Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.

"Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin," tulis status di Facebook MAHSP.

Status itu turut dikongsi di akaun Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts