by Oh! Semput
Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi penjelasan terbaru setelah dirinya dikritik gara-gara kenyataan mengenai hubungannya bersama pelakon Amelia Christie.
Sebelum ini, Sharnaaz berkata dia tidak pernah mengiyakan kisah cintanya bersama aktres tersebut selain tidak tahu menahu mengenai isu ‘unfollow’ akaun media sosial masing-masing.
Berikutan itu, Sharnaaz menerima kritikan daripada netizen kerana dia sebelum ini sering membawa Amelia ke mana-mana dan terlihat erat seperti pasangan kekasih.
Aku rasa ampa salah faham ni. Yang aku jawap tu untuk wartawan. Bukan ampa diluar sana. Dari awal pun aku tak pernah iyakan pada wartawan pasal aku dan Amelia. Camana nak kata putus?
Jadi pada yang tau dan nampak aku dengan Amelia, yang tau tau cukup lah takat tu. Nak canang macam gendang bukan cara aku dah.
Jelas Sharnaaz, wartawan hanya bertanya dan dia cuma menjawab segala persoalan yang ditanya dengan sehabis baik berkenaan isu tersebut.
Dia juga berharap agar segala spekulasi mengenai hubungannya bersama Amelia berhenti setakat itu dan Sharnaaz juga memohon doa yang terbaik daripada peminat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni..” – Sharnaaz Ahmad Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Hubungan Cinta Dengan Amelia Christie first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.