Rasanya kalau pertandingan berbentuk realiti, saya tak akan sertai lagi, kata Ayda Jebat

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 07 Feb 2023 15:00:45

 


Inilah keputusan pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat, yang mengumumkan bahawa dia tidak mahu menyertai sebarang pertandingan hiburan berkonsepkan realiti selepas tamat Famili Duo malam tadi.


Walau bagaimanapun, Ayda, 30 tahun, masih terbuka untuk terlibat dalam sebarang pertandingan yang tidak memerlukan komitmen mingguan.

“Rasanya kalau pertandingan berbentuk realiti, saya tak akan sertai lagi. Saya beritahu jujur. Sebenarnya masa, energi dan kreativiti itu kita tak boleh nak… Macam mana nak cakap ya. Saya rasa sudah cukuplah. Maksud saya, yang berbentuk realiti.



“Kalau Anugerah Juara Lagu itu lain, insya-Allah. Yang bukan perlukan komitmen pada tiap-tiap minggu,” katanya.


Dalam pada itu, Ayda berkata dia belum berkongsikan keputusannya itu dengan Nabil Mahir namun suaminya mengenali dirinya.


“Saya tidak beritahunya lagi (mengenai keputusan tersebut). Tapi saya rasa dia mengenali saya seorang yang bagaimana.



“Cukuplah setakat ini. Tidaklah serik… tapi buat masa sekarang biarlah saya beri fokus terhadap perkara lain pula selepas ini,” katanya.


Ahad lalu, Ayda Jebat dan adiknya Fyna Jebat dinobat Naib Juara Famili Duo musim kedua serta membawa pulang hadiah RM20,000.

: Media Hiburan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts