PM Rasmi Minggu Saham Amanah Malaysia, Di "Dataran Temerloh" !

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 20 Apr 2017 10:01:04


TEMERLOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM)2017 di Dataran Temerloh, di sini.

MSAM 2017 yang bertemakan "Pelaburan 360 PNB" berlangsung selama enam hari bermula hari ini sehingga 25 April akan memuatkan pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan, dengan matlamat memperkasa ilmu masyarakat mengenai pelaburan dan perancangan kewangan.

PNB kini mengurus lebih 216 bilion unit dalam edaran milik lebih 13 juta pemegang akaun. Aset di bawah pengurusan PNB kini mencecah RM266.5 bilion berbanding RM158.3 bilion pada 2010.

Hadir sama pada majlis perasmian MSAM 2017, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Presiden Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts