Rating Tertinggi Pemain JDT Dalam eFootball PES 2020 Milik Diogo Santo

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Sep 2019 04:03:11



Permainan video bola sepak terkenal, eFootball PES 2020 sudah boleh dimainkan oleh peminat di seluruh dunia dan kali ini keterujaan turut dirasai di tanah air selepas juara enam kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut tersenarai.

Kemaraan skuad Harimau Selatan ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini telah membuka lembaran baharu sekaligus menjadikan mereka satu-satunya pasukan dari Malaysia yang muncul dalam eFooball PES 2020.

Penulis yang juga merupakan peminat permainan video ini turut tidak ketinggalan untuk menguji edisi terbaharu keluaran Konami ini serta membuat tinjauan tentang JDT.

Dengan dua bintang yang diberikan kepada pasukan ini, Diogo Luis Santo telah diberikan tetapan rating sebanyak 74 bagi menjadikannya sebagai pemain rating tertinggi dalam kalangan pemain JDT.

Manakala rating bagi beberapa pemain utama lain adalah seperti berikut:-

1) Farizal Marlias – 64

2) Mauricio – 73

3) Adam Nor Azlin – 62

4) S. Kunanlan – 64

5) Corbin Ong – 64

6) Afiq Fazail – 64

7) Syafiq Ahmad – 60

8) Hariss Harun – 69

9) Safawi Rasid – 69

10) Gonzalo Cabrera – 69

Selaras dengan perkembangan permainan tersebut, grafik yang cukup menarik juga menambahkan lagi kepuasan ketika bermain eFootball PES 2020 ini.

Meskipun wajah para pemain JDT tidaklah seperti wajah sebenar mereka, tetapi ini sudah pastinya membanggakan peminat di tanah air terutamanya penyokong setia Harimau Selatan melihat pasukan kesayangan mereka turut muncul dalam permainan terkenal ini.

Diharapkan selepas ini Liga Super Malaysia pula mendapat perhatian pihak Konami untuk sebaris dengan liga lain yang disenaraikan dalam permainan ini.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...