MAHKAMAH Rayuan menetapkan 6 Mac, 2024 untuk mendengar rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi pampasan RM300,000 kepada ahli politik Khairuddin Abu Hassan kerana penahanan salah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Ketika dihubungi, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang mewakili Khairuddin mengesahkan tarikh baharu itu ditetapkan semasa prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norkamilah Aziz hari ini.