Razer Game Store Kini Dilancarkan Di Malaysia – Beli Permainan Digital Melalui Lazada

by Oh! Semput


HOME Posted on 09 Nov 2018 04:05:02


Razer hari ini mengumumkan pelancaran kedai permainan digital mereka tersendiri untuk pengguna Malaysia, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan membeli permainan yang diminati mereka dengan mudah melalui Lazada.

Razer Game Store

Dengan pengenalan ini, ia memberikan pilihan kepada pengguna untuk membeli permainan yang diminati mereka secara digital menggunakan mata wang tempatan. Memandangkan ia ditawarkan melalui Lazada, ia sekaligus menawarkan pelbagai pilihan untuk pembayaran – termasuk secara fizikal di 7-Eleven.

Sempena pelancaran ini juga, Razer Game Store ini bakal menawarkan beberapa diskaun untuk permainan video melalui permainan berkenaan pada 11 November ini.

Layari : Razer Game Store

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News