Realme Bakal Hadir Dengan Sistem Baru Menggantikan ColorOS

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Aug 2019 09:03:06



Realme merupakan salah satu sub-jenama dibawah Oppo yang telah hadir dengan sejumlah peranti berasaskan kepada Android dan dilengkapi antaramuka Color OS. Walaubagaimanapun, bergerak kehadapan, Realme dilihat ingin hadir dengan sistem mereka tersendiri.

Melalui temuramah khas bersama IndiaToday, CEO Realme India mengatakan yang mana Realme OS bakal hadir tidak lama lagi.

Realme OS ini dipercayai akan berasaskan kepada Android Q, dan hadir dengan rekaan antaramuka tersendiri. Ini juga sekaligus akan mengasingkan ia daripada dibawah bayang-bayang Oppo, selain memudahkan lagi mereka memperkenalkan ciri dan fungsi baru yang diminta komuniti.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Realme OS ini akan diperkenalkan. Ia dijangka hadir pada tahun ini.

Selain itu, Realme juga kini menjadualkan sebuah acara pada 20 Ogos kelak untuk pelancaran peranti baru dibawah keluarga Realme 5.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...