realme Siri P4 Diperluas – Model P4x Dan P4 Lite Dilancar, Bateri Mencecah 8,000mAh, Harga Bermula RM699

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 03 Jun 2026 07:30:21

realme turut memperluaskan portfolio peranti mampu milik mereka di Malaysia dengan melancarkan dua lagi model baharu, iaitu realme P4x dan realme P4 Lite.

Kedua-dua peranti ini diposisikan sebagai varian pelengkap di bawah model andalan siri, realme P4 Power 5G, dengan membawakan teras kekuatan yang sama iaitu kapasiti bateri Titan yang besar, paparan skrin yang lancar, serta integrasi ciri kecerdasan buatan (AI) khusus untuk pasaran segmen pertengahan dan permulaan tempatan.

Model realme P4x memfokuskan kepada aspek daya tahan ekstrem untuk kegunaan aktif dengan memuatkan bateri Titan berkapasiti 8,000mAh.

Ditunjangi oleh cip pemprosesan Unisoc T7250 lapan-teras, peranti ini dilengkapi sistem penyejukan grafit seluas 10,000mm² serta menyokong sistem Bypass Charging untuk mengurangkan penghasilan haba semasa bermain permainan video.

Dari aspek fizikal, realme P4x menampilkan skrin 6.8-inci 120Hz, struktur ketahanan gred tentera MIL-STD-810H yang mampu menahan kejatuhan sehingga 2 meter, serta penarafan kalis habuk dan percikan air IP64.

Ia turut menyokong pengecasan pantas 45W dan ditawarkan dalam pilihan reka bentuk Aero Racing Design menerusi warna Phantom Navy dan Rally White.

Sementara itu, realme P4 Lite hadir sebagai pilihan alternatif yang lebih kompak dengan profil ketebalan tubuh ultra-nipis 8.38mm, namun tetap memuatkan bateri Titan berkapasiti 7,000mAh.

Peranti ini menggunakan cip Unisoc T7250 yang sama dan dilengkapi paparan skrin HD+ bersaiz 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Sebagai nilai tambah, varian Lite ini dimuatkan dengan pelbagai fungsi pintar berasaskan kecerdasan buatan seperti AI Gaming Partner, fungsi suntingan grafik AI Editor Suite (merangkumi AI Eraser dan AI Clear Face), serta rekaan maklumat Mini Capsule pada bar status.

Model ini hadir dengan Future Tech Design melalui pilihan warna Titan Grey dan Pulse Purple.

Di Malaysia, kedua-dua peranti ini mula dijual secara rasmi pada 3 Jun 2026 melalui platform TikTok Shop rasmi realme.

realme P4x diletakkan pada tanda harga RM999 manakala realme P4 Lite dijual pada harga RM699.

Bersempena dengan promosi pelancaran khas yang berlangsung dari 3 hingga 5 Jun 2026, realme P4x boleh didapati pada harga RM679, manakala realme P4 Lite ditawarkan pada RM449.

{suggest}

realme Siri P4 Diperluas – Model P4x Dan P4 Lite Dilancar, Bateri Mencecah 8,000mAh, Harga Bermula RM699 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts