Pele rebah keletihan, batalkan lawatan ke London

by Oh! Semput


HOME Posted on 20 Jan 2018 04:00:39



SAO PAULO: Legenda bola sepak Brazil, Pele rebah akibat keletihan dan terpaksa membatalkan kunjungannya ke London hujung minggu ini, kata Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) pada Jumaat (19 Jan).

FWA dijadual mengadakan majlis makan malam sebagai tanda penghormatan bagi bekas pemain berusia 77 tahun itu di hotel Savoy pada hari Ahad.

"Pada awal pagi Khamis, Pele rebah dan dibawa ke hospital di Brazil di mana beliau menjalani beberapa ujian yang kelihatan menunjukkan keletihan yang teruk," kata FWA dalam satu kenyataan.

Pele, yang merupakan satu-satunya pemain untuk memenangi tiga Piala Dunia bersama Brazil pada 1958, 1962 dan 1970, dilihat bergelut dengan masalah kesihatan. Beliau dibawa ke hospital bagi masalah buah pinggang dan prostat pada tahun-tahun kebelakangan ini dan menjalani pembedahan pinggul.

Masih dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang masa, beliau muncul dengan berkerusi roda pada penampilan terakhirnya di Moscow pada bulan Disember bagi undian Piala Dunia 2018.

- Reuters/SU/im

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...