by Oh! Semput
Seperti yang kita tahu, pengapit atau ‘bridesmaid’ kini sudah menjadi satu trend terbaharu dan wajib ada di setiap majlis perkahwinan.
Bridesmaid kebiasaannya terdiri daripada ahli keluarga rapat atau rakan-rakan pengantin perempuan yang akan memakai pakaian berwarna sedondon.
Malah, mereka turut memainkan peranan besar dalam melaksanakan tugasan tertentu bagi membantu pengantin ketika majlis berlangsung.
Tidak ketinggalan, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Aqila Johan turut berkongsi perasaan gembira apabila dia ‘dilamar’ sebagai bridesmaid oleh seorang rakannya yang bakal berkahwin pada tahun hadapan.
Namun, gadis itu terkejut apabila rakannya itu meminta bayaran ‘sumbangan’ atau ‘penyertaan’ sebagai bridesmaid sebanyak RM500 dan baju bridesmaid perlu dibeli sendiri.
I perlukan RM500 setiap seorang for contribution and baju bridesmaid on you, I cuma bagitahu warna apa. Bila dah bank in, bagi resit eh babe ok.
@aqilajohan I dont know la… #majliskahwinkaukan @zalinajenner
Susulan itu, dia akhirnya membuat keputusan untuk memaklumkan kepada rakannya bahawa dia tidak dapat menghadiri majlis tersebut sebagai alasan kerana berasa perkara itu tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terkejut dengan tindakan bakal pengantin berkenaan yang seolah-olah mengambil kesemptan untuk mengaut wang ringgit daripada rakan-rakan bagi menanggung kos majlis.
Ni kawan ke scammer – netizen.
“Lol kita pulak kena tanggung untuk dia kahwin,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Ingatkan member kahwin mintak kawan-kawan bagi perabot ikea tu dah kira melampau dah tapi yang ni lagi lah ya mintak derma terus,” tulis seorang warganet.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Dah Bank In Bagi Receipt Eh” – Pengantin Minta Kawan Jadi ‘Bridesmaid’ Tapi Kena Bayar RM500 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.