by Oh! Semput
Xiaomi Redmi 14C, hari ini rasmi diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Hadir dengan rekaan ultra nipis (8.22mm), telefon ini dilengkapi paparan 6.88 inci yang sekaligus menjadikannya telefon Android terbesar dalam siri Redmi setakat ini,
Dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G81-Ultra, Redmi 14C juga dimuatkan dengan bateri besar 5160mAh dengan pengecas pantas 18W.
Selain itu, tidak lupakan prestasi kamera, Redmi 14C dilengkapi kamera utama 50MP dan kamera depan 13MP.
Malah ia juga tersedia dengan bicu audio 3.5mm yang jarang-jarang ada pada kebanyakkan telefon pintar di pasaran ketika ini.
Redmi 14C akan tersedia di Malaysia mulai 13 September dengan harga RM449 (6GB+128GB) dan RM599 (8GB+256GB).
Beli Xiaomi Redmi 14C dari stor rasmi di:
: Siaran Media Xiaomi
Redmi 14C Diperkenalkan, Siri Redmi Dengan Skrin Terbesar Berharga RM449 WISER.MY.