Rejim Israel guna senjata ‘renjatan elektrik’ tangkap remaja Palestin

by Oh! Semput


2
SHARES
25
VIEWS
Posted on 17 Jun 2021 16:30:31

TEBING BARAT, 6 Zulkaedah 1442H, Khamis – Pihak berkuasa negara haram Israel menahan sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin dan mencederakan empat yang lain dalam beberapa serbuan di Tebing Barat semalam, menurut sumber keselamatan. 

Dalam insiden berasingan di utara Ramallah, pasukan pengganas Israel dilaporkan menahan tiga remaja Palestin di kawasan kem pelarian Jalazone. 

Pasukan rejim turut melepaskan tembakan ke arah remaja Palestin yang berhimpun membantah serbuan itu dan berusaha menghalang laluan mereka. Bagaimanapun tiada laporan kecederaan dilaporkan. 

Di bandar Baitulmaqdis, polis Israel menahan dua remaja Palestin selepas menyerbu rumah keluarga Ras al-Amud di kawasan Silwan. 

Pusat Maklumat Wadi Hilweh mendedahkan video yang memaparkan polis dan pegawai perisik Israel berpakaian awam menyerang dan menggunakan senjata renjatan elektrik terhadap seorang remaja bagi memaksa mangsa memasuki kenderaan mereka.  

Sementara di daerah Hebron, sumber mengesahkan satu serbuan berasingan di Yatta dan Tarqumiyah, yang membawa kepada penahanan dua rakyat Palestin termasuk bekas tahanan. 

Rejim pengganas turut menyerang dan mencetuskan konflik di kem pelarian utara Tebing Barat, dan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan empat orang cedera. 

Serbuan sama turut dibuat di bandar Kafr Dan yang dan turut melakukan penangkapan. 

Pasukan penjajah Israel sering menyerang kediaman Palestin hampir setiap hari di Tebing Barat, kononnya mencari individu yang didakwa telah mencetuskan pertempuran antara penduduk.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts