Rekaan Dalaman Yang Bijak Untuk Memaksimakan Ruang Kecil Di Rumah

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Feb 2020 03:00:43



Tidak semua orang mampu memiliki rumah yang mewah dengan ruang sebesar stadium. Kebanyakkan orang yang tinggal di bandar hari ini lebih cenderung untuk membeli rumah flat atau kondominium berikutan kos sara hidup yang tinggi.

Namun begitu rumah berbentuk pangsapuri biasanya hanya menyediakan 3 bilik dan dua bilik air, dengan ruangan yang agak terhad.

Perkara ini membuatkan keluarga yang mempunyai ramai anak serta haiwan peliharaan memikirkan 2 kali untuk memilih rumah kos rendah atau sederhana.

Sebenarnya, terdapat beberapa trick atau helah bijak untuk menghias dan memaksimumkan ruangan dalam rumah apartment jika kita tahu caranya.

Berikut adalah beberapa contoh bijak rekaan dalaman yang dapat memuatkan pelbagai keperluan tanpa memerlukan ruang yang besar.

1.Rekaan untuk anak-anak yang berkongsi bilik tetapi inginkan privasi

creative-space-saving-ideas-209-5e429e087dbff__700

2.Rak nipis yang beroda untuk memenuhkan ruang di tepi peti ais

1-5e414d1272283__700

3. Tangga berlaci

creative-space-saving-ideas-216-5e42a20714e5f__700

4.Poket di tepi katil untuk menggantikan meja kecil

4-5e415fbfa95ce__700

5.Katil terapung untuk beri ruang di bahagian bawah

117-5e42cd8f68399__700

saving-space-4-5e43ab2209c96-jpeg__700

Menurut The House Designers, ruang yang berkeluasan kurang daripada 1,000 kaki persegi dianggap sebagai ruang kecil. Rumah bersaiz kecil dengan rekaan dalaman berkonsepkan minimalistik telah menjadi pilihan mainstream bagi ramai penduduk bandar zaman kini.

6. Kerusi berlaci

109-5e42a95dc8314__700

7. Katil dan meja lipat 2 dalam 1

creative-space-saving-ideas-211-5e429f171e0aa__700

Memiliki rumah yang besar mungkin dapat memberi kebebasan dan keselesaan yang lebih baik, tetapi rumah kecil juga mempunyai banyak kelebihannya.

Salah satunya adalah kita dapat menjimatkan masa untuk mengemas dan membersihkan rumah. Selain itu juga kita tidak akan penat turun naik tangga untuk ke dapur.

8. Rak terapung di sudut-sudut kosong

creative-space-saving-ideas-5e3d555286c7b__700

9. Meja makan digabungkan dengan kabinet pinggan mangkuk

creative-space-saving-ideas-208-5e429d82bf4e3__700

Tambahan pula, jika tersilap letak barang, tentunya lebih mudah untuk mencari di dalam rumah yang kecil.

Malah, wang juga dapat dijimatkan dari membeli pelbagai perabot dan perhiasan yang tidak diperlukan semata-mata untuk memenuhi ruang di dalam rumah.

: Bored Panda

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...