Ada 11 rekod jenayah lampau, polis dedah suspek kes tembakan lelaki tempatan berkulit cerah

by Oh! Semput


5
SHARES
66
VIEWS
Posted on 09 Feb 2025 03:30:39

Pihak polis telah mengenalpasti suspek kes tembakan di sebuah pusat beli belah di Setia Alam dengan menyatakan lelaki tempatan tersebut mempunyai 11 rekod jenayah lampau.

Memetik laporan dari Bernama, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan lelaki tempatan yang berkulit cerah itu berkemungkinan berusia sekitar 30an.

Ada 11 rekod jenayah lampau

Suspek ada 11 rekod jenayah lampau

Difahamkan, suspek turut mempunyai 11 rekod jenayah lampau melibatkan dadah serta jenayah.

Polis sedang giat mengesan dan berusaha untuk menangkap suspek. Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman mati.

“Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun, jika sabit kesalahan,” katanya.

Ada 11 rekod jenayah lampau,  lepaskan beberapa tembakan

Setakat ini, pihak polis telah menerima tujuh laporan daripada saksi awam dan menggesa orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Mohd Afandi Ahmad menerusi talian 016-7252948.

alt

Artikel lain: Anggota tentera meninggal dunia, terkena tembakan pemburu haram ketika latihan

Terdahulu, Hussein menyatakan yang pihak polis Selangor mengesahkan menerima maklumat orang awam berlakunya kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam pada 10.50 malam.

Hasil siasatan mendapati seorang petugas kebersihan telah mengalami kecederaan apabila terkena tembakan yang dilepaskan oleh suspek sehingga mengenai kaki dan punggung.

Ada 11 rekod jenayah lampau, suspek acu pistol ke pemandu untuk larikan diri

Mangsa telah melarikan diri untuk mendapatkan bantuan manakala suspek pergi ke aras P2 sebelum menahan pemandu awam bagi membawanya keluar dari kawasan tersebut dengan mengacukan pistol.

“Walaupun mengalami kecederaan, mangsa terus melarikan diri ke dalam pusat beli-belah untuk mendapatkan bantuan manakala suspek lari ke aras P2.
“Suspek kemudian bertindak menahan sebuah kereta jenis Perodua Ativa yang dipandu seorang pengunjung pusat beli-belah itu sambil mengacukan pistol kepadanya serta memaksa untuk membawanya keluar dari kawasan Shah Alam,” katanya.

alt

Hussien juga memberitahu bahawa suspek telah meminta pemandu berhenti di tepi jalan sewaktu melalui sebuah lebuh raya sebelum menghilangkan diri.

Terdahulu, tular di media sosial apabila berlaku kejadian tembakan di sebuah kedai emas di premis beli belah di Setia Alam sehingga membuatkan ramai panik.

: Bernama

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts