Remaja Lelaki Yang Dilapor Hilang Ketika Mencari Kepah Di Pantai Balok Ditemui Mati Lemas, Terapung Kira-Kira 400 Meter Dari Kuala

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 20 Apr 2026 13:31:54

KUANTAN: Remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari kepah di Pantai Balok di sini semalam ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat Luqman Kamil Jamaluddin, 16, ditemukan pada 2.15 petang tadi.

"Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung kira-kira 400 meter dari kuala oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjalankan operasi sejak semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat pelajar itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mencari kepah bersama rakannya di pantai berkenaan dan pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.02 petang. #HarianMetro

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts