2 remaja lelaki dirakam rosakkan basikal ofo di kolong blok HDB

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 11 Dec 2017 06:00:56

SINGAPURA: Perbuatan dua remaja lelaki yang merosakkan kunci basikal sewa ofo semata-mata untuk mengelak daripada membayar tambang terbongkar setelah ia dirakam.

Menerusi video 55 saat yang dimuat naik di laman Facebook pada Jumaat (8 Dis), menunjukkan kedua-duanya berada di kolong blok HDB.

Salah seorang remaja yang memakai kemeja-T merah dilihat menyeret sebuah basikal oBike ke tepi sebelum berkali-kali mengetuk bahagian kunci basikal ofo.

Remaja itu kemudian berhasil membuka kunci basikal tersebut dan mengayuhnya bersama seorang lagi rakan. Kedua-dua remaja dilihat mengayuh basikal ofo.

Memberikan respons terhadap pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap ofo berkata syarikat yang menawarkan khidmat sewa basikal itu "tidak akan teragak-agak untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa" dalam kes-kes seperti itu.

Insiden-insiden sedemikian melibatkan kurang satu peratus daripada keseluruhan jumlah basikal syarikat itu di Singapura, tambah beliau.

Dalam percubaannya untuk menggalak para pengayuh basikal supaya bertanggungjawab, ofo menyatakan ia sudah bekerjasama dengan agensi-agensi pemerintah bagi inisiatif-inisiatif seperti sistem kredit yang memberikan ganjaran kepada para pengguna yang bertanggungjawab dan menggalak orang ramai membuat aduan mengenai insiden di mana basikal dirosakkan.

Pada bulan Jun, seorang remaja berusia 14 tahun ditangkap kerana didakwa membuang sebuah basikal ofo dari sebuah blok HDB di Whampoa.

Bulan lalu pula, seroang lelaki dan wanita yang dirakam membuang dua basikal oBike ke dalam longkang, menyerah diri kepada polis.

- CNA/NK/nk

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts