Remaja mati lemas gara-gara haid

by Oh! Semput


10
SHARES
132
VIEWS
Posted on 21 Dec 2016 01:00:29

KATHMANDU: Seorang remaja wanita berusia 15 tahun meninggal dunia akibat amalan adat kuno, ‘Chhaupadi’ di barat Nepal, lapor polis, hari ini.

Pegawai polis, Badri Prasad Dhakal, berkata Roshani Tiruwa dipaksa mengasingkan diri dan tinggal dalam kandang yang kurang udara kerana datang bulan. Adat itu sudah diharamkan oleh kerajaan sejak 2005.

Mayat remaja itu ditemui oleh bapanya pagi Ahad lalu dalam sebuah pondok yang diperbuat daripada lumpur di kampung Gajra, daerah Achham, kira-kira 440 kilometer dari barat Kathmandu.

“Kami menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya.

Kami percaya dia mati lemas. “Mangsa menyalakan api untuk memanaskan badan sebelum tidur di dalam kandang yang tiada pengudaraan,” kata Badri kepada REUTERS menerusi telefon dari Sanfebagar, bandar utama, di sini.

Menurut kepercayaan ‘Chhaupadi,’ wanita datang bulan dianggap pembawa malang kepada masyarakat, oleh itu mereka dilarang minum susu dan dibenar makan sedikit sahaja dalam tempoh berkenaan. – REUTERS



LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts