Reman suspek kes penemuan 8 bahagian tubuh mayat manusia di Melaka disambung

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 18 Oct 2019 10:00:53

KONGSI ARTIKEL

MELAKA: Lelaki rakyat Singapura yang disyaki terlibat dalam kes penemuan lapan bahagian tubuh mayat manusia, dipercayai milik lebih daripada seorang individu, di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong di sini, disambung reman selama tujuh hari sehingga 24 Okt ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Anuar Ostadi mengeluarkan perintah reman itu, selepas membenarkan permohonan polis terhadap lelaki tersebut, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada 10 Okt lepas, polis menemui sekurang-kurangnya lapan bahagian badan manusia lebih daripada seorang individu yang tidak lengkap, berselerakan di kawasan tersebut dipercayai menjadi mangsa bunuh.

Sabtu lepas, Ketua Polis Melaka Encik Mat Kasim Karim dilaporkan berkata polis tidak menolak kemungkinan penemuan lapan bahagian tubuh manusia, dipercayai mangsa bunuh adalah milik dua beranak yang tular di media sosial sejak 11 Okt lalu.

Seorang lelaki rakyat Singapura ditahan, dengan kerjasama polis Singapura dan suspek diserahkan kepada pihak polis Malaysia bagi membantu siasatan.

Sebelum ini suspek direman tujuh hari bermula 12 Okt lepas.

- BERNAMA/NA/na

Tagged Topics

KONGSI ARTIKEL

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts